Cake Pops
Assalamualaikum and Hello :) Okeyy , kiteorang dah lama kan tak update ? We busy lahh . Sekolah . So , sekarang cuti kiteorg mauskkan lahhh resipi and today we want to share a cake pop resipi . Boleh lah korang cube nanti . senang je ~ So , here we go !
Bahan bahan :
- Lebihan kek . (any flavours )
- 50g unsalted butter
- Batang lollipop or lidi sate dalam ukuran 15 cm ?
- Chocolate . (dark choc/ white choc)
- Kotak polistrene
- 1.5 tbsp shortening or butter .
- Any benda yang letak dekat atas cake pop tu . Like : sprinkle warna warni , Edible beads , smarties , mnm , badam hancur (mesti dibakar dulu) and other .
So , only that the bahanbahan , and now cara cara die .
Caracara :
- Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
- Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
- Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (guna tingkat yang paling bawah je . Takyah guna freezer .Nak kasi beku ke ape ? -.-). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
- Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
- Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
- Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
- Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
- Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
- Now , dah siap ! Korang boleh la buat cake pop ni untuk birthday ke , apeape ke .. Boleh jugak kalau nak bungkus ngan plastik .
And , habis ! Kalau korang nak try , and dah siap . Bagitau kiteorg ape rasa nye yeee ~ Kay ,byebye^^ Assalamualaikum :)
Comment about this recipe when you have try it :)
0 Chef in the house